Berita Utama

COVID-19: Selangor catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Johor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.13 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Johor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Melaka (1.09), Kuala Lumpur (1.06), Sarawak (1.05), Pahang (1.01) dan Terengganu (1.00).

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Perak 0.95, Pulau Pinang (0.92), Negeri Sembilan (0.89), Labuan (0.88), Kedah (0.86), Sabah (0.85), Putrajaya (0.80), Kelantan (0.76) dan Perlis (0.62).

Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.99, katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button