Berita Utama

Pasangan Orang Asli lari daripada jalani ujian COVID-19

Bayi perempuan mereka berusia 25 hari positif COVID-19

KOTA BHARU, 24 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Pasangan Orang Asli didapati hilang dari Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai, dekat sini, di mana mereka dijadualkan menjalani ujian saringan COVID-19.

Pasangan itu, dari Kampung Pos Tohoi dekat Gua Musang, telah dibawa ke hospital setelah bayi perempuan mereka yang berusia 25 hari disahkan positif COVID-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pasangan itu dipercayai melarikan diri dari hospital kira-kira jam 9.30 malam pada hari Khamis.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pagi semalam.

Dalam laporan itu, seorang anggota hospital yang bertugas di wad kecemasan, mendakwa bahawa suami dan isteri hilang setelah mereka diminta menjalani ujian saringan.

“Dia berusaha mencari mereka di hospital tetapi gagal. Dia kemudian membuat laporan di balai polis Kuala Krai,” kata Shafien.

Beliau berkata, wanita itu dikenali sebagai Elina Aling, 33, sementara identiti suami belum dapat disahkan.

Shafien berkata, pasukan petugas khas ditubuh pada hari Jumaat untuk mengesan pasangan itu.

“Pasukan polis mencari pasangan itu di tempat penempatan mereka, tetapi mereka tidak ditemui di sana. Seorang saudara mengatakan pasangan itu tidak kembali ke rumah mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button