Uncategorized

456 rakyat ditangkap tanpa alasan, rejim Israel terus jajah Palestin

355 tahanan dijangkiti COVID-19 disebabkan sikap cuai rejim Zionis

RAMALLAH, 25 Jamadilakhir 1442H, Ahad  – Rejim pengganas Israel terus bertindak ‘bengis’ apabila setakat Januari sahaja, seramai 456 rakyat Palestin di Tebing Barat yang dijajah ditangkap tanpa alasan munasabah.

Daripada jumlah itu, 93 adalah kanak-kanak bawah umur dan lapan wanita, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Pihak Berkuasa Palestin, Persatuan Tahanan Palestin dan Hak Asasi Manusia Penjara Addamer dalam satu kenyataan bersama. 

Kenyataan itu berkata, 105 perintah penahanan pentadbiran dilakukan oleh pihak berkuasa pendudukan, termasuk 30 perintah baharu bersama dengan 75 lagi perintah sebelumnya. 

Penahanan pentadbiran membolehkan pihak berkuasa Israel melanjutkan tempoh tahanan seseorang tanpa sebarang pertuduhan setelah tamat hukuman antara dua hingga enam bulan.

Kenyataan berkata, jumlah tahanan di penjara Israel kini mencecah sekitar 4,500 termasuk 37 wanita, 140 kanak-kanak bawah umur dan 450 tahanan pentadbiran. 

“Tangkapan itu mempengaruhi semua lapisan masyarakat. Malah ia berlaku walaupun wabak COVID-19 masih belum reda dan berisiko kepada tahanan di dalam penjara,” katanya. 

Organisasi hak asasi manusia Palestin menganggarkan lebih 355 tahanan negara itu telah dijangkiti COVID-19 kerana kecuaian perubatan Israel yang disengajakan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button