Berita Utama

Dong Zong sentiasa berhelah tolak Jawi

Mulakan proses undang-undang hapus sistem sekolah vernakular

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 25 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Kementerian Pendidikan (KPM) diingatkan tidak melayan desakan Dong Zong untuk membatalkan kajian soal selidik berkaitan pembelajaran Jawi dalam buku teks Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Pertubuhan radikal Cina itu, sebelum ini dilaporkan turut meminta majlis pengelola sekolah Cina, PIBG dan persatuan-persatuan yang membabitkan ibu bapa dan orang awam untuk terus teguh dengan pendirian menolak mod pembelajaran dan pengajaran Jawi.

Memetik laporan Oriental Daily, Dong Zong mendakwa, modul pembelajaran Jawi KPM untuk SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah mencetuskan kontroversi yang hebat dan menerima tentangan yang meluas sebelum ini.

Dakwanya, hasil kajian soal selidik KPM tahun lepas telah membuktikan pelaksanaan pembelajaran modul Jawi KPM adalah suatu tindakan tidak popular, namun KPM enggan menerima kenyataan dan pandangan orang ramai, mahu terus membuat kajian soal selidik baharu bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Jawi.

Bimbang dengan dakwaan itu, Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib berharap KPM tidak membuang masa melayan desakan pertubuhan rasis itu kerana mereka akan sentiasa berhelah untuk menolak Jawi.

Serentak itu, beliau menggesa kerajaan segera mengambil langkah memulakan proses undang-undang untuk menghapuskan sistem sekolah vernakular di negara ini.

“Sekolah vernakular hanya menitik beratkan kesetiaan kepada bahasa ibunda dan adat resam dari negara China dan menganggap bahasa Melayu dan bahasa kelas kedua,” katanya.

Dong Zong mendakwa, sebanyak 1,275 buah SJKC iaitu 98 peratus di seluruh negara menolak modul pembelajaran Jawi.

Dong Zong desak KPM batalkan soal selidik modul Jawi di SJKC

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button