Berita UtamaDunia

Ratusan penduduk Palestin cedera ditembak Zionis

Israel lepaskan peluru hidup, getah selepas solat Jumaat

BAITULMAQDIS, 29 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Pasukan keselamatan negara pengganas Israel melepaskan tembakan ke atas ratusan penduduk Palestin yang melakukan bantahan menentang sebuah pos haram di Tebing Barat yang diduduki.

Dron dilengkapi gas pemedih mata dilepaskan dan asap memenuhi ruang udara di kawasan bantahan di bandar Beita, Tebing Barat, berhampiran Nablus, di mana penduduk Palestin membantah penyitaan tanah haram.

Menurut laporan media, penduduk Palestin membakar tayar dan melemparkan batu ke arah pasukan Israel.

Para saksi berkata, tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru getah ke arah penduduk selepas solat Jumaat di Beita.

Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan, 379 penduduk cedera akibat 31 peluru hidup yang dilepaskan.

Tidak ada komen segera daripada tentera Israel.

Konfrontasi sama juga berlaku di bandar Kafr Qaddum dan Beit Dajan, yang mana puluhan penduduk Palestin dirawat kerana kesan gas pemedih mata.

Tentera Israel juga menekankan bantahan terhadap penempatan di kawasan Masafer Yatta di Hebron.

Anggaran Israel dan Palestin menunjukkan terdapat kira-kira 650,000 peneroka di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, tinggal di 164 penempatan dan 116 pos.

Mengikut undang-undang antarabangsa, semua penempatan Israel di wilayah yang diduduki adalah haram. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button