Berita Utama

Buku Tommy Thomas: Polis Kelantan terima 15 laporan

Semua laporan diserah kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut

KOTA BHARU, 26 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Polis Kelantan telah menerima 15 laporan polis berkaitan buku yang ditulis oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas setakat ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kesemua laporan berkenaan telah diserahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

“Kebanyakan laporan diterima di Kota Bharu yang dibuat oleh individu dan juga pertubuhan bukan kerajaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Buku berjudul “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan Tommy itu dikatakan berbaur hasutan serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara selain didakwa memesong sejarah negara dan memperlekeh Jabatan Peguam Negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button