Berita UtamaDunia

COVID-19: Tiada jangkitan tempatan baharu di China selepas 2 bulan

Data rasmi tunjuk republik itu berjaya bendung gelombang terbaru

SHANGHAI, 26 Jamadilakhir 1442H, Isnin – China melaporkan tidak ada kes jangkitan baharu COVID-19 tempatan untuk pertama kalinya dalam tempoh masa hampir dua bulan.

Data rasmi menunjukkan pada hari Isnin tanda-tanda bahawa republik itu berjaya membendung gelombang terbaru penyakit berkenaan.

Jumlah kes COVID-19 meningkat sedikit kepada 14 pada 7 Februari dari 12 hari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun semua kes itu adalah jangkitan yang diimport dari luar negara yang mana tujuh daripadanya adalah di Shanghai, selebihnya di wilayah Guangdong Tenggara.

Ini menandakan buat pertama kali China tidak mendapat jangkitan tempatan sejak 16 Disember, menunjukkan langkah agresif yang diambil oleh pihak berkuasa berjaya menghentikan penyebaran penyakit dari kelompok besar di wilayah Hebei di sekitar Beijing dan wilayah Heilongjiang dan Jilin timur laut.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China berkata, jumlah kes asimtomatik baharu – tidak diklasifikasikan China sebagai kes COVID-19 disahkan – meningkat kepada 16 dari 10 hari sebelumnya.

Jumlah kes COVID-19 di tanah besar China adalah sebanyak 89,706, sementara jumlah kematian kekal tidak berubah pada 4,636. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button