Tarbiyah

Fahami sunnatullah kemenangan untuk elak rasa kecewa, putus asa

Kemenangan hakiki tak akan tercapai jika masih bergelumang dosa

KITA perlu fahami sunnatullah (undang-undang) kemenangan untuk mengelakkan kekecewaan dan rasa putus asa dalam perjuangan.

Allah SWT hanya akan memberikan kemenangan kepada perjuangan dakwah Islam apabila para penggeraknya telah berusaha sehabis tenaga (all-out) dan bertawakal semaksimum mungkin.

Jika usaha, persediaan dan kekuatan material telah mencapai 100 peratus sekalipun, kemenangan yang hakiki tidak akan tercapai jika para penggerak dakwah masih bergelumang dengan dosa, tidak kuat bermujahadah melawan nafsu dan belum penuh kebergantungan mereka dengan Allah SWT

Begitu juga sebaliknya.

Keimanan dan tawakal yang maksimum juga tidak akan membawa kepada kemenangan jika usaha, disiplin dan kekuatan duniawi belum mencapai tahap ‘all-out’.

‘All-out’ bermaksud habis baik setakat kemampuan. Ia tidak semestinya terbaik di dunia. Ia juga tidak semestinya setara dengan kekuatan musuh.

Hakikat ini dapat kita lihat dengan jelas dalam peperangan Badar, Khandaq, Mu’tah dan banyak lagi peristiwa lain.

Sungguh, Allah SWT akan memberikan kemenangan apabila merasakan kita telah bersedia, bukan mengikut kehendak masa kita!

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Ir Lukman Al Hakim 

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button