Berita Utama

Format peperiksaan SPM 2020 kekal seperti sedia ada

Laporan Sinar Harian kelirukan orang ramai khususnya calon: LP KPM

BANGI, 26 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 masih kekal seperti sedia ada.

Perkara itu ditegaskan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (LP KPM) dalam satu kenyataan hari ini, sebagai merujuk laporan akhbar Sinar Harian, semalam.

Menurut LP KPM, laporan bertajuk ‘Wajah Baharu SPM’ di muka hadapan, ‘SPM bakal dirombak’ pada muka surat dua dan ‘Peperiksaan boleh buka buku’ di muka surat tiga menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai, khususnya calon SPM 2020.

“LP KPM juga ingin menegaskan bahawa laporan akhbar Sinar Harian berkaitan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar dan LP KPM tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut.

“Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LP KPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button