Berita UtamaDunia

UAE had vaksin untuk warga tua, pesakit kronik sementara waktu

Jangkitan harian meningkat 3 kali ganda dalam tempoh 6 minggu

DUBAI, 26 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Emiriah Arab Bersatu (UAE) hanya akan memvaksin penduduk dan warga yang sudah tua atau mempunyai masalah kesihatan tertentu buat sementara waktu, kata media negara semalam.

Perubahan polisi itu dibuat susulan lonjakan jangkitan selama beberapa minggu terakhir ‘bagi memastikan imuniti komuniti yang diperoleh dan membendung penyakit ini’, kata agensi berita negeri WAM, memetik Kementerian Kesihatan.

Katanya, selama empat hingga enam minggu akan datang, pihak berkuasa akan berusaha memvaksin sebanyak mungkin warga tua dan mereka yang menghidap penyakit tertentu.

Sebahagian temu janji lain juga akan tersedia untuk segmen penduduk lain, tambahnya.

Dilaporkan, jangkitan harian meningkat tiga kali ganda dalam sekitar enam minggu dan mencapai rekod 3,977 pada 3 Februari di UAE.

Bagaimanapun, negara Teluk belum memberikan perincian bagi setiap emiriah.

Vaksin yang dibangunkan oleh China National Pharmaceutical Group (Sinopharm) telah tersedia untuk semua orang dewasa di negara Teluk.

Dubai juga menyediakan vaksin Pfizer-BioNTech dan Oxford-AstraZeneca kepada warganegara dan penduduk emiriah – keutamaan diberikan kepada warga tua, mereka yang mempunyai penyakit kronik dan pekerja barisan hadapan.

Pada Ahad lalu, Kementerian Kesihatan melaporkan 3,093 kes baharu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button