Berita Utama

19 dilantik anggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

Yang di-Pertuan Agong perkenan lantik Tun Arifin Zakaria sebagai pengerusi

BANGI, 27 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 itu ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, jawatankuasa itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Senarai keahlian jawatan kuasa ini adalah seperti berikut:

1. Tun Arifin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara – Pengerusi

2. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara

3. Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara

4. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Panglima Angkatan Tentera

5. Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, bekas Ketua Pengarah Kesihatan

6. Tan Sri Dr. Yahya Awang, pakar bedah jantung

7. Tan Sri Ter Leong Yap, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia

8. Tan Sri Dr. R. Palan, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya

9. Dato’ Setia Sallehuddin Saidin, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara

10. Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

11. Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop, pakar kesihatan awam

12. Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

13. Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang

14. YB Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar

15. YB Datuk Azizah Mohd. Dun, Ahli Parlimen Beaufort

16. YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh

17. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu

18. YB Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban

19. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button