Berita Utama

Facebook perluas hapus dakwaan salah mengenai vaksin COVID-19

Cuba bantu pengguna kenal pasti lokasi, waktu terima vaksin

NEW YORK, 27 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Facebook Inc akan memperluaskan senarai dakwaan kesihatan salah yang dilarangnya – dengan menambah tuntutan tidak berasas mengenai vaksin secara umum – seperti ia beracun atau menyebabkan autisme.

Dalam catatan di blog, semalam syarikat media sosial itu berkata, pihaknya sedang meningkatkan jenis dakwaan palsu mengenai coronavirus, vaksinnya dan vaksin lain – akan dihapuskan – termasuk dakwaan COVID-19 adalah virus buatan manusia serta vaksin itu berbahaya.

Dakwaan sedemikian telah pun dilarang dalam iklan di Facebook.

Facebook juga akan menghapuskan kumpulan, halaman dan akaun yang berulang kali kongsi dakwaan tidak berasas.

Pada Disember lalu, Facebook mengumumkan akan menghapuskan dakwaan salah mengenai vaksin COVID-19 yang didedahkan pakar kesihatan awam – sungguh pun begitu dalam beberapa minggu belakangan ini laporan berita telah mengenal pasti halaman Facebook, kumpulan serta akaun Instagram masih menyebarkannya.

Facebook juga memberitahu akan membantu pengguna mengetahui di mana dan bila mereka menerima vaksin coronavirus.

Bagi menangani kebimbangan yang mungkin ada pada golongan orang kulit hitam, Latin, Orang Asli Amerika dan mereka yang berusia lebih daripada 50 tahun, syarikat itu akan bekerjasama dengan Johns Hopkins serta AARP untuk menyampaikan kandungan pendidikan berhubung vaksin baharu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button