Berita UtamaDunia

Jemaah dijangkiti COVID-19, Arab Saudi tutup 10 masjid

356 jangkitan baharu direkodkan, jumlah keseluruhan 370,634 kes

RIYADH, 27 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Arab Saudi menutup sementara 10 masjid di beberapa daerah seluruh negara, susulan terdapat penularan jangkitan wabak COVID-19 di kalangan jemaah dan pekerja.

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi juga mengumumkan menutup sementara sebuah masjid di daerah Ad-Dilam di Riyadh bagi melakukan pembasmian kuman setelah sejumlah pekerja dijangkiti coronavirus.

Kementerian menerusi laporan yang dikeluarkan berkata, dalam dua hari, pihaknya menutup lima masjid di Riyadh, tiga di antaranya di daerah Harimila dan satu masing-masing di daerah Aflaj dan Ad-Dilam. 

Pihaknya juga menutup sebuah masjid di wilayah al-Mandaq di al-Baha, sebuah masjid di Dammam di wilayah Timur, dan tiga masjid di sempadan utara.

Kementerian berkata, masjid akan ditutup untuk operasi membasmi kuman yang dilaksanakan antara 24 jam hingga 48 jam.

Kementerian meminta para jemaah untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti yang dipersetujui oleh pihak berwajib, termasuk memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri, dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Arab Saudi pada hari Isnin melaporkan 356 kes coronavirus baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 370,634, menurut Kementerian Kesihatan. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button