Berita Utama

ISMA tekad bantu pihak berkuasa pastikan amalan Islam anak Loh kekal

DAP digesa berhenti buat provokasi palsu, burukkan institusi Islam

BANGI, 21 Rejab 1443H, Rabu – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa umat Islam untuk mengetepikan fahaman politik dan bersama-sama mempertahankan akidah ketiga-tiga anak Loh Siew Hong dalam apa jua cara sekalipun.

Gesaan itu disuarakan Naib Presiden ISMA, Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi susulan hasrat ibu tunggal tersebut yang mahu mencabar penukaran agama sepihak tiga anaknya menerusi semakan kehakiman.

Menurut peguamnya Shamsher Singh Thind, surat tuntutan dihantar Rabu lalu kepada pendaftar mualaf di tiga negeri – Perlis, Kedah dan Pulau Pinang – mengenai status penukaran agama kanak-kanak itu, tetapi sehingga kini tiada jawapan.

Berikutan itu, Ustaz Noor Azib berkata, pihaknya menggesa semua ahli politik Islam tidak mengira parti agar memelihara akidah anak-anak itu yang telah menyatakan keislaman secara sukarela.

“ISMA memahami keislaman ketiga-tiga anak ini sah mengikut undang-undang kerajaan negeri Perlis yang telah menetapkan bahawa salah seorang, ibu atau bapa bersetuju untuk meluluskan permohonan masuk Islam anak-anak.

“Jadi ISMA akan membantu pihak berkuasa agama untuk terus memastikan pengamalan ketiga-tiga kanak-kanak ini kekal walaupun dalam jagaan ibu mereka,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Ustaz Noor Azib berkata, ISMA menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan bahawa anak-anak mualaf diberikan kepada ibunya.

Namun, beliau menggesa pihak tertentu untuk tidak membuat provokasi memburukkan institusi agama Islam.

“Bagi pemimpin parti politik terutama DAP, berhenti membuat sebarang provokasi palsu yang menampakkan institusi agama dan orang-orang Islam itu kejam seolah-olah berlaku penculikan dan paksaan beragama tehadap kanak-kanak tersebut,” tegasnya.

Pautan terdahulu;

Kes anak Loh jadi pengajaran, perlu lebih prihatin buat draf undang-undang

Kes anak Loh jadi pengajaran, perlu lebih prihatin buat draf undang-undang

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button