Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Perbicaraan kes rasuah Netanyahu disambung

Paling lama berkhidmat, 14 tahun memegang jawatan PM

BAITULMAQDIS, 27 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu hadir di Mahkamah Daerah Baitulmaqdis pada Isnin untuk sambungan perbicaraan tuduhan rasuah terhadapnya, lapor Agensi Anadolu.

Netanyahu hadir lebih kurang 20 minit sebelum meninggalkan mahkamah.

Sesi perbicaraan dimulakan dengan Hakim Rivka Feldman Friedman mengesahkan kehadiran defendan.

Netanyahu menjawab dengan mengesahkan kehadirannya, mematuhi prosedur mahkamah.

“Saya mengesahkan jawapan bertulis yang diserahkan atas nama saya,” kata Netanyahu kepada mahkamah sebelum meninggalkan kamar mahkamah.

Polis Israel mengawal ketat persekitaran mahkamah. Meskipun dikawal pasukan keselamatan, puluhan rakyat Israel berhimpun di jalan untuk mengadakan bantahan terhadap Netanyahu berhampiran bangunan mahkamah dan menuntut beliau meletak jawatan.

Netanyahu berdepan pertuduhan rasuah dan pecah amanah, Beliau berulang kali menafikan tuduhan tersebut.

Pada 14 Januari, Peguam Negara Israel Avichai Mandelblit mengemukakan dakwaan terhadap Netanyahu. Sesi perbicaraan pertamanya diadakan pada Mei 2020, kemudian disusuli dengan sesi lain pada Julai 2020, sebelum perbicaraan ditangguhkan kerana sekatan pergerakan COVID-19.

Netanyahu sedang membuat persediaan mencalonkan diri dalam pilihan raya umum Israel pada 23 Mac, pusingan keempat pilihan raya negara itu dalam tempoh dua tahun.

Netanyahu, yang memimpin parti bersayap kanan Likud, adalah Perdana Menteri Israel paling lama berkhidmat dengan lebih 14 tahun memegang jawatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button