Berita Utama

Apa dah jadi? Kata PKP, tapi banyak sektor dibuka, kes pula masih tinggi

Patutnya tutup sektor perkilangan kerana punca kes melonjak

BANGI, 28 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Rata-rata pengguna media sosial keliru dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang umumkan kerajaan, memandangkan kes jangkitan COVID-19 kini masih empat angka. 

Kebanyakan netizen bukan hanya mengkritik perubahan pada SOP perayaan Tahun Baru Cina, bahkan juga kelonggaran pembukaan beberapa sektor peniagaan peruncitan lain yang mula berkuat kuasa hari ini.

Mereka menganggap tiada lagi keperluan untuk kerajaan melanjutkan PKP sekiranya semua kelonggaran telah diberikan, dan mahu PKP Bersyarat (PKPB) dilaksanakan semula melalui SOP sedia ada.

“Sepatutnya tamatkan saja PKP ini dan gantikan dengan PKPB serta larangan rentas negeri. Kawalan di sempadan negeri diperketatkan betul-betul,” kata Zek Zaidi.

“PKP untuk dapatkan proklamasi darurat. Dah dapat SOP PKP 2.0 dibuatnya ‘palpu dacar’. Latest, kuarantin 10 hari untuk rakyat, tiga hari untuk menteri,” tulis Zainol Azhar.

Pemilik akaun Chairil Johari Rams mendakwa, keadaan negara semakin huru-hara terhadap kekerapan perubahan SOP, yang didakwanya demi mengekalkan kuasa kerajaan sedia ada.

“PKP hangat-hangat tahi ayam. Baik tak payah langsung,” kata Shafari Ariffin.

“PKP longgar, penyumbang kes banyak di sektor-sektor perkilangan. Susah ke nak tutup dua minggu untuk kurangkan kes. Yang dalam kilang pun susah nak ikut SOP, apatah lagi di mall. PKP memanjang sajalah agaknya,” kata Ap Iz.

Semalam, kerajaan membenarkan keseluruhan baki perniagaan dalam sektor peruncitan kembali beroperasi dalam tempoh PKP.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Kabinet bagi memastikan kelangsungan ekonomi peniaga kecil.

Antara baki sektor peruncitan yang dibenarkan kembali beroperasi adalah kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kasut, barangan dan perkhidmatan fotografi, barangan terpakai, kedai bunga atau nurseri, kraftangan dan cenderahati serta kedai antik.

Selain itu, kedai alat permainan, permaidani, kedai kandungan kreatif atau peralatan industri kreatif, barangan aktiviti luar, peralatan sukan, barangan rumah dan peralatan dapur, kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi, kedai tembakau, aksesori kereta dan Ar-Rahnu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button