Berita Utama

ILKS dijangka alami kerugian besar 6 bulan lagi

Syor benarkan ILKS beroperasi, pelatih hadir ikut SOP ketat

BANGI, 28 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Gabungan Pusat Latihan Kemahiran India Malaysia (GAPKIM) menjangkakan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) mengalami kerugian besar dan gulung tikar dalam tempoh enam bulan lagi.

Presidennya, Datuk Ibrahim Shah berkata, hal ini susulan ILKS kehilangan sumber pendapatan serta tidak mampu bertahan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tanpa kemasukan baharu, ILKS tidak mampu untuk membayar gaji tenaga pengajar dan kakitangan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Justeru, Ibrahim menyarankan kerajaan memberi kebenaran kepada mereka untuk beroperasi semula bagi memastikan institut latihan terbabit bernafas semula.

“Kerajaan perlu membenarkan pelatih hadir ke ILKS mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan praktikal seperti yang dilaksanakan di industri perkilangan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengesyorkan supaya pelajar dibenarkan menjalani latihan praktikal secara bersemuka sebanyak tiga kali, manakala kelas dalam talian dua kali seminggu.

Jelasnya, pembelajaran membabitkan latihan kemahiran tidak sama dengan pembelajaran dalam bidang lain.

“Sebanyak 70 peratus perlaksanaan kursus menggunakan pembelajaran secara praktikal dan 30 peratus secara teori,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button