Dunia

Wabak selesema burung, Algeria isytihar darurat

Analisis makmal dapati wabak sudah jangkiti 51,200 ekor ayam

ALGIERS, 28 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Algeria mengisytiharkan darurat selepas Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE) mengumumkan penularan wabak selesema burung H5N8 melanda kawasan timur negara itu, lapor Agensi Anadolu.

“Sumber virus ini daripada burung yang berhijrah dan kami (Algeria) telah keluarkan amaran kepada semua wilayah untuk mematuhi arahan darurat. Wabak itu dikesan di bandar kota Ain Fakrounm,” kata Menteri Pertanian Abdelhamid Hamdani pada Selasa,pada sidang media.

Pada Selasa, OIE mengesan kawasan panas yang menjadi lokasi penularan wabak di Ain Fakroun, di Oum El Bouaghi.

Analisis makmal menunjukkan wabak di bandar itu sudah menjangkiti 51,200 ekor ayam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button