Berita Utama

Gerakan diterima sertai Perikatan Nasional

Hasrat sertai PN sudah disuarakan sejak tahun lalu

BANGI, 29 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) secara rasmi diterima menganggotai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu disahkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau hari ini.

“Kami baru sahaja mendapat pengesahan bahawa kami telah diterima dalam gabungan Perikatan Nasional, pagi ini,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Dalam surat tersebut, dinyatakan bahawa Majlis Tertinggi PN bersetuju untuk menerima Gerakan ke dalam gabungan itu.

Lau berkata, hasrat untuk menyertai PN sudah disuarakan sejak tahun lalu dan beliau bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada PN hari ini.

Oleh demikian, Gerakan janji untuk sentiasa mewakili rakyat dalam segala perkara, mengetengahkan kesederhanaan dan akan memastikan PN sebagai wadah politik baharu negara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button