Berita UtamaDunia

Fatwa UAE benar ambil vaksin COVID-19 walau ada bahan terlarang

Ia adalah satu keperluan untuk lindungi tubuh badan manusia

DUBAI, 9 Jamadilawal 1442H, Khamis – Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) membenarkan vaksin COVID-19 untuk umat Islam walaupun mengandungi gelatin babi.

Fatwa dikeluarkan pihak berkuasa agama tertinggi itu susulan kebimbangan meningkat dalam kalangan muslim berhubung bahan yang digunakan untuk menghasilkan vaksin tersebut mungkin dilarang agama Islam.

Menurut Pengerusi majlis berkenaan, Sheikh Abdallah Bin Bayyah, vaksin coronavirus tidak akan tertakluk kepada ketetapan Islam terhadap penggunaan babi kerana keperluan yang lebih tinggi untuk ‘melindungi tubuh manusia’.

Majlis menegaskan gelatin babi dalam konteks ini berfungsi untuk tujuan perubatan dan bukan makanan.

Bulan lalu, syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS) Pfizer dan firma bioteknologi, BioNTech di Jerman mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan vaksin COVID-19 yang dikatakan 90 peratus berkesan bagi mencegah virus dalam analisis keberkesanan sementara yang pertama.

Vaksin berkenaan telah mendapat kelulusan darurat di beberapa negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button