Dunia

Trump diharamkan guna Twitter

Dasar syarikat tidak benar individu guna platform hasut keganasan

WASHINGTON, 29 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak dibenarkan memiliki akaun Twitter walaupun beliau memilih untuk mencalonkan semula jawatan awam.

Ketua Pegawai Kewangan Twitter, Ned Segal berkata, dasar platform gergasi itu menetapkan individu yang menghasut keganasan tidak akan dibenarkan mempunyai akaun untuk selamanya walaupun beliau bekas atau masih pegawai awam. 

“Dasar kami dibentuk untuk memastikan bahawa tiada mana-mana pemilik akaun menghasut kepada keganasan, dan berhak menggantung atau menyekat individu terbabit daripada menggunakan perkhidmatan platform ini,” katanya.

Trump digantung secara kekal daripada memiliki akaun Twitter bulan lalu, setelah penyokongnya menyerbu Capitol AS pada 6 Januari. 

Walaupun akaun telah dibekukan, Trump mengeluarkan satu video yang memuji tindakan kumpulan penyerang Capitol, sebelum Twitter kemudiannya mengumumkan telah menutup akaun bekas Presiden itu kerana berisiko menghasut kepada keganasan.

Larangan Twitter itu berlaku di tengah tindakan sama oleh syarikat media sosial lain termasuk Facebook dan Instagram. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button