Berita Utama

3,318 kes baharu,17 kematian

Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berjumlah 51,579

KUALA LUMPUR, 30 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Sebanyak 3,318 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes sebanyak 258,306.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasmi beliau hari ini berkata, 3,311 kes adalah penularan tempatan melibatkan 1,673 warga tempatan dan 1,638 bukan warga negara manakala tujuh kes lagi merupakan kes import membabitkan tiga warga tempatan dan empat warga asing.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berjumlah 51,579 kes manakala dalam tempoh sama 17 kes kematian melibatkan warga tempatan dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 di negara ini direkodkan sebanyak 953 kes,” katanya.

Beliau berkata, terdapat 3,505 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 di Malaysia adalah 205,774 kes.

Dr Noor Hisham berkata 258 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 119 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button