Berita Utama

Penggerak KRIM Tawau dalam perjalanan ke sekolah maut kemalangan

Kereta dinaiki mangsa bersama tiga rakan terbabas, terjatuh tebing sungai

BANGI, 15 Zulhijjah 1441H, Rabu – Penggerak Kelab Remaja Isma (KRIM), cawangan Tawau, Cikgu Nurizyani Kafli@Masri, 24, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar, pagi tadi.

Allahyarham Nurizyani dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Umas – bersama tiga rakan yang juga guru – dipercayai kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke tebing sungai.

Pengerusi KRIM Pusat, Ibrahim Shakrawi berkata, ketika kejadian Cikgu Nurizyani bersama rakan dalam perjalanan dari Jalan Merotai menuju ke sekolah.

“Kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik,” katanya.

Ibrahim dimaklumkan, Cikgu Izyani adalah penggerak KRIM yang aktif di Tawau dan beliau menjawat jawatan dalam Exco Unit Pembangunan Ahli.

“Arwah mempunyai semangat jihad yang tinggi. Cepat siap siaga bila dipanggil. Beliau tinggal bersama keluarga untuk menyumbang bakti kepada ibu bapa.

“Paling penting arwah gigih dan komited tinggi dalam gerak kerja dakwah KRIM,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button