Berita UtamaDunia

Kes keganasan rumah tangga di Lubnan meningkat 2 kali ganda

Suami model terkenal didakwa cekik isteri hingga mati

BEIRUT, 30 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Laporan kes keganasan rumah tangga di Lubnan meningkat dua kali ganda dalam 12 bulan terakhir, dedah Thomson Reuters Foundation (TRF).

Jumlah insiden keganasan rumah tangga meningkat daripada 747 pada tahun sebelumnya kepada 1,468 dalam 12 bulan terakhir, menurut statistik yang dikumpul oleh Pasukan Keselamatan Dalam Negeri (ISF) Lubnan.

Krisis ekonomi dan kewangan negara, serta pandemik coronavirus dipercayai punca lonjakan keganasan rumah tangga.

Pada Disember tahun lalu, Lubnan mereformasi undang-undang keganasan rumah tangga untuk memasukkan penderaan yang ‘berpunca daripada’ perkahwinan, tetapi peguam mendakwa undang-undang tersebut tidak cukup jelas.

Menurut TRF, undang-undang yang diperbaharui itu tidak secara jelas meliputi kekerasan terhadap wanita yang bercerai, menyebabkan kelompongan undang-undang.

Undang-undang itu juga gagal mengkategorikan pemerkosaan dalam perkahwinan sebagai jenayah atau mencegah diskriminasi wanita dalam kes perceraian dan perbalahan mengenai hak penjagaan anak.

Namun, dalam satu langkah maju yang jelas, undang-undang baru yang diluluskan pada bulan Disember melarang gangguan seksual.

Statistik menunjukkan peningkatan keganasan rumah tangga di Lubnan muncul setelah tuduhan bahawa seorang model terkenal dicekik hingga mati oleh suaminya minggu lalu, dalam pembunuhan keempat seperti itu pada bulan lalu.

Suami Zeina Kanjo, Ibrahim Ghazal kemudian didakwa atas pembunuhannya dan waran untuk penangkapannya dikeluarkan.

Ghazal telah melarikan diri dari Lubnan ke Turki, menurut Badan Berita Nasional (NNA) yang dikendalikan oleh kerajaan.

Namun, sebelum Ghazal melarikan diri dari negara itu, dia diundang oleh saluran televisyen tempatan untuk menjelaskan versi kejadiannya.

Wawancara itu menimbulkan reaksi marah di media sosial dan mendakwa stesen televisyen itu membantu melancarkan budaya menyalahkan mangsa.

Dalam kes lain bulan lalu, ISF Lubnan menahan seorang remaja di wilayah Akkar di utara setelah budak lelaki itu mengaku telah menikam dengan makciknya yang berusia 52 tahun ketika dia menolak kemahuan seksualnya.

Manakala seorang lagi wanita pertengahan umur ditemui mati di utara Lubnan setelah dicekik hingga mati, menurut TRF. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button