Berita Utama

Laporan penemuan varian SARS-CoV 2 di Sarawak

Terdapat 2 varian yang dikesan iaitu B.1.160.3 dan B.1.160

MAKLUM balas daripada Unit Virology, Institut Penyelidikan Perubatan, KKM.

Berdasarkan laporan yang diterima dari pihak UNIMAS, terdapat dua varian SARS-CoV-2 yang dikesan iaitu B.1.160.3 dan B.1.160.

Berikut adalah tambahan maklumat dari pihak IMR berkenaan laporan tersebut berdasarkan kajian dari data GISAID.

1) Varian B.1.160.3 telah diubah nama kepada B.1.470. Varian ini didominasi oleh varian dari Indonesia sejak April tahun 2020 dengan prevalen 67.6% (76/108) iaitu dari 108 bilangan full genome sequences varian ini yang didaftarkan di GISAID, 76 adalah dari Indonesia.

Negara lain yang turut melaporkan varian ini ialah Singapura (10.2%; 11/108), Jepun (12.0%; 13/108) dan minoriti di Taiwan and Hong Kong. Varian ini mempunyai mutasi D614G yang kini biasa ditemui pada hampir majoriti varian SARS-CoV-2.

2) Varian B.1.160 merupakan varian yang lazim ditemui di negara Europah sejak Julai 2020 bermula dari negara France (11.2%) dan kini didominasi oleh Denmark (28.0%), Switzerland (15.4%) dan UK ( 17.2%). Varian ini mempunyai mutasi spike D614G dan S477N.

Tetapi varian yang dominan di UK pada masa ini adalah varian B1.1.7 di mana hampir 89.9 % distribusi varian ini di dunia adalah tertumpu di UK.

Buat masa ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa varian B.1.160/B.1.470 dari Sarawak ini mempunyai tahap infektiviti atau virulens yang lebih tinggi. Dari kajian genomic sequencing di Semenanjung, strain yang serupa masih belum ditemui.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan asal usul varian SARS-CoV2 di Sarawak walaupun ia berkemungkinan datang dari Indonesia yang telah mendaftarkan 67.7% strain yang serupa sejak April tahun lalu.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan

Sumber: Facebook

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button