Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Premis haram masih beroperasi walau PKP, jangan bagi muka lagi!

'Hari ini serbu, minggu depan buka balik lepas bayar denda'

BANGI, 30 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Meskipun kerajaan sudah bertukar, pemimpin silih berganti, kegiatan maksiat dan perkara mungkar masih tidak berkesudahan.

Sehubungan itu, Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat mendesak pihak berkuasa menghapuskan lesen premis yang didapati menjalankan kegiatan tidak bermoral ini.

Beliau pelik tatkala pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, premis berkenaan masih boleh beroperasi.

“Musim PKP COVID-19 pun masih boleh operasi lagi ke? Mana ketegasannya. Cukup-cukuplah ambil cukai daripada premis-premis haram ini. Tak berkat hidup dengan layan kegiatan mungkar begini.

“Jangan buat kerja sia-sia. Hari ini serbu, minggu depan buka balik lepas bayar denda, lepas itu bagi lesen semula, lepas itu serbu lagi.

“… letihlah, dah lama sangat tengok drama ini, bila nak berakhir,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas serbuan dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas 18 rumah urut yang menjalankan aktiviti pelacuran, semalam.

Terdahulu, DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dengan kerjasama Pasukan D7 Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melaksanakan Operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Rumah Urut di dua buah lokasi berasingan di Jalan Langkawi, Setapak dan Jalan Kuchai Maju, Seputeh.

Hasil serbuan yang dijalankan didua lokasi tersebut mendapati tiga premis tidak mempunyai lesen perniagaan rumah urut.

Tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan tiga notis kompaun di bawah Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan semua premis itu telah ditutup serta merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Hasil semakan di semua premis berkenaan, seramai 11 orang wanita tukung urut (disyaki pekerja seks) warganegara Filipina, Thailand, Indonesia dan lima orang warga tempatan sebagai penjaga premis telah ditahan untuk tindakan lanjut oleh pihak PDRM setelah diambil keterangan dokumentasi oleh DBKL.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button