Dunia

19 maut dalam letupan kilang mercun di India

Pemilik kilang hilangkan diri, punca letupan masih disiasat

NEW DELHI, 1 Rejab 1442H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan puluhan lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang mercun di India.

Letupan yang berlaku tengah hari Jumaat di daerah Virudhunagar itu adalah antara tragedi terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Tamil Nadu.

Pegawai tempatan, R Kannan memberitahu AFP bahawa jumlah kematian mungkin meningkat dalam tempoh beberapa jam seterusnya.

“Setakat ini, 34 orang cedera dan sedang menjalani rawatan termasuk beberapa yang melecur teruk.

“Terdapat kira-kira 74 orang di kilang berkenaan ketika letupan itu,” katanya.

Menurut laporan portal berita The Newsminute, pemilik kilang sudah menghilangkan diri dan polis masih menyiasat punca letupan.

Susulan insiden itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM11,137) kepada setiap keluarga mangsa yang maut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button