Berita UtamaDunia

COVID-19: Lubnan mula kempen vaksin besar-besaran esok

Rekod 2,934 kes baharu semalam, dengan jumlah jangkitan 334,093

BEIRUT, 1 REJAB 1442H, Sabtu – Lubnan akan memulakan kempen vaksin besar-besaran terhadap novel coronavirus, esok.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan semalam memberitahu, kumpulan pertama yang akan menerima vaksin tersebut termasuklah kakitangan perubatan, individu yang berusia lebih daripada 75 tahun dan mereka mempunyai penyakit kronik.

“Penghantaran pertama 249,000 vaksin COVID-19 akan tiba di negara ini hari ini,” katanya.

Syarikat farmasi gergasi Amerika Syarikat (AS), Pfizer menjadi pembekal utama suntikan, yang mana ia dibangunkan dengan kerjasama syarikat Jerman, BioNTech.

Semalam, Lubnan merekodkan 2,934 kes COVID-19 baharu sekali gus menjadikan jumlah jangkitan kepada 334,093.

Sebanyak 3,866 kematian yang berkaitan coronavirus direkodkan, sementara 223,082 orang sudah pulih daripada penyakit itu setakat ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button