Berita Utama

20 individu dalam video tular ‘nikmati Yee Sang’ diminta tampil ke IPD

Polis percaya mereka berkumpul pada waktu pagi

AMPANG, 2 Rejab 1442H, Ahad – Kira-kira 20 individu dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 menerusi sebuah video tular meraikan Tahun Baru Cina di Bukit Ketumbar, Ampang. 

Sehubungan itu, mereka diminta segera untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan. 

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, video yang menjadi tular itu, menunjukkan kira-kira 20 orang menikmati makan besar, Yee Sang di Bukit Ketumbar. 

“Kami percaya kumpulan itu berkumpul di Bukit Ketumbar pada waktu pagi. Kami masih menyiasat perkara itu,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 11 (3) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya menggesa masyarakat untuk tidak melanggar SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Nasional (MKN).

“Matlamat utama kami adalah untuk memutuskan rangkaian jangkitan dan kami berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button