Berita Utama

Golongan risiko, B40 di kawasan padat perlu diutamakan vaksinasi

Mereka tanggung risiko yang tinggi kerana berjiran dengan pendatang asing

KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1442H, Ahad – Golongan berisiko dan anggota keluarga B40 yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi seperti pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR), perlu diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, beliau akan berbincang mengenai cadangan itu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam masa terdekat.

“Kita mengetahui jumlah rakyat asing yang ramai adalah dari Wilayah Persekutuan dan di sektor binaan sahaja ada ratusan ribu pekerja asing.

“Oleh itu, di kawasan padat penduduk, kita menanggung risiko yang tinggi sebab tinggal berjiran dengan pendatang asing dan terbukti berlaku kes yang banyak,” katanya pada sidang media di Pusat Sementara Gelandangan Komuniti Sentul Perdana.

Jemaah Menteri sebelum ini bersetuju memperluaskan pemberian vaksin secara percuma kepada semua rakyat asing yang menetap di Malaysia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button