Berita Utama

India import lebih 500,000 tan minyak sawit dari Malaysia

Lebih 23 peratus daripada pembelian pada Disember

NEW DELHI, 2 Rejab 1442H, Ahad – India mengimport lebih 500,000 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari daripada keseluruhan import minyak makan sebanyak 1.07 juta tan.

Import dari Malaysia terdiri daripada 497,337 tan minyak sawit mentah (MSM), 9,204 tan minyak isirung sawit mentah dan 2,701 tan oleh sawit RBD, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan industri.

Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) berkata, import MSM dari Malaysia oleh India pada Januari adalah lebih 23 peratus daripada pembelian pada Disember.

Import minyak sawit negara berjumlah 780,741 tan pada bulan lepas, iaitu 73 peratus daripada semua import minyak sayuran.

Bahagian minyak sawit daripada import pada Disember sebanyak 58 peratus, dan import kacang soya merosot dengan ketara mengurangkan bahagian minyak masak sebatian berbanding minyak sawit pada Januari, menurut SEA.

Import minyak makin merosot kepada 1.07 juta tan pada bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada Disember. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button