Berita UtamaDunia

Kajian baharu kelawar di Thailand menyerupai COVID-19?

Darah kelawar menyamai 91.5 peratus kod genetik SARS-CoV-2

BANGKOK, 2 Rejab 1442H, Ahad – Satu kajian baharu mendapati bahawa sekelompok kecil kelawar di timur Thailand membawa wabak sama seperti Coronavirus (COVID-19).

Virus itu dikenal pasti dalam darah lima kelawar daripada jenis sama, di sebuah gua buatan di kawasan perlindungan hidupan liar.

Para penyelidik di Universiti Chulalongkorn yang berpusat di Bangkok mendapati, ia menyerupai 91.5 peratus kod genetik SARS-CoV-2, kata agensi berita Sputnik Rusia.

“Kita perlu melakukan lebih banyak pengawasan terhadap haiwan.

“Ianya bagi mencari asal-usul sebenar COVID-19. Usaha pengawasan perlu merentasi sempadan China,” kata Wang Linda dari Sekolah Perubatan Duke-NUS Singapura yang terbabit dalam kajian itu.

Seorang pegawai Thailand berkata, sebanyak dua juta dos vaksin Sinovac dari China akan digunakan di 10 wilayah, di mana sejumlah besar jangkitan domestik telah dilaporkan.

Menurut pembantu menteri kesihatan awam, Sophon Mekhaton, penduduk yang akan menerima vaksin bermula akhir Februari hingga April ini termasuk kakitangan perubatan dan kesihatan awam, individu yang mempunyai penyakit kronik, serta mereka yang berumur 60 tahun ke atas. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button