Berita Utama

Melaka catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Pulau Pinang rekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah 1.04

KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1442H, Ahad – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara iaitu pada 0.92 setakat semalam dengan Melaka mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.07.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau menunjukkan Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.06 diikuti Kedah (1.04) dan Johor (1.01).

Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65).

Semalam, kes baharu positif pandemik COVID-19 merekodkan empat angka dengan 3,499 kes selain lima kematian dilaporkan. – Bernama

 

 

 

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button