Berita UtamaIstimewa

Mahal kalau sedap ‘ok’, jadi masalah bila makanan dah berbau, busuk

Trauma' ditipu, pembeli ingatkan peniaga jaga kualiti makanan di bazar

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 8 Ramadan 1444H, Khamis – Peningkatan harga barangan dan makanan menyebabkan sebahagian rakyat negara ini tidak lagi teruja untuk berbelanja ‘mewah’ di bazar Ramadan.

Kebelakangan ini banyak rungutan daripada pengunjung bazar Ramadan yang tidak berpuas hati terhadap kualiti makanan yang dijual peniaga.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, pasti ada rungutan yang ditularkan pelanggan di media sosial berkenaan juadah dibeli mereka di bazar Ramadan.

Bukan sahaja tertipu dengan ‘murtabak hangit’, ‘karipap inti oksigen’ dan ‘roti john kosong’, bahkan ada pelanggan yang turut mendakwa terbeli ‘popia busuk’ dan lauk basi.

Rata-rata pengguna media sosial mengharapkan peniaga tidak mengambil kesempatan mengenakan harga yang terlampau mahal dan tidak selari dengan kualiti makanan yang dijual.

“Kalau mahal pun tapi sedap ok lah. Ini tak, harga mahal dan dapat pula makanan yang dah berbau dan busuk,” kata pemilik akaun Facebook Zulkefli Rohani.

“Waktu bulan puasa mula peniaga mencekik darah. Ibarat menangguk di air keruh,” tulis Saiman Sam Sam.

Sementara itu, pemilik akaun Abdul Hadi mengakui agak ‘trauma’ untuk mempercayai peniaga di bazar Ramadan, ekoran mempunyai pengalaman terbeli makanan basi.

“Sekarang pun, kalau makanan yang siap-siap dibungkus memang tak boleh nak percaya. Jadi, kita pengguna memang kena peka dengan makanan yang nak dibeli supaya tak tertipu,” kata Nurul Syifa.

“Aku harap pihak penguatkuasa ke atau KKM ke keraplah pantau peniaga di bazar Ramadan. Tengok menu yang dorang jual, supaya kita pembeli ni tak dapat lagi ayam percik busuk,” tulis Mohamad Amar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button