Berita UtamaDunia

Palestin desak ICC percepat siasatan Israel

Masyarakat antarabangsa, kumpulan hak asasi manusia digesa ambil langkah perlu

RAMALLAH, 3 Rejab 1442H, Isnin – Kementerian Luar Palestin mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) segera membuka siasatan berhubung kejahatan negara pengganas Israel terhadap rakyat negara itu.

Kementerian itu berkata, pihak berkuasa Israel dan peneroka haram telah meningkatkan serangan mereka terhadap rakyat Palestin, harta benda dan tempat suci mereka.

Tindakan itu bagi mencapai tujuan mereka ‘Mengyahudikan Baitulmaqdis’ dan mengasingkannya dari persekitaran warga Palestin.

“Israel berusaha untuk aneksasi wilayah C di bawah kawalan Israel di Tebing Barat mengikut Perjanjian Oslo dan mengosongkannya daripada kehadiran warga Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kementerian juga meminta masyarakat antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia mengambil langkah yang diperlukan ‘bagi menghentikan serangan Israel serta mengenakan sekatan ke atas Israel.’

Pada 5 Februari lalu, ICC memutuskan bahawa pihaknya memiliki bidang kuasa mengenai jenayah di wilayah yang dijajah di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button