Dunia

2 maut, 16 hilang tanah runtuh di Jawa Timur

Tanah runtuh, banjir dicetuskan hujan lebat sejak semalam

JAKARTA, 3 Rejab 1442H, Isnin – Dua orang dilaporkan terbunuh, 14 cedera manakala 16 lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan hujan lebat pada Ahad di Jawa Timur, Indonesia, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut unit tindakan kecemasan, Agensi Hal Ehwal Sosial Nganjuk, penyelamat menemukan dua mayat dan menyelamatkan dua orang di daerah itu.

“Peralatan bagi membantu misi mencari dan menyelamat dalam perjalanan untuk dihantar ke lokasi kejadian. Seramai 16 orang masih hilang,” kata koordinator unit itu, Aris Trio Effendi.

Effendi berkata sekurang-kurangnya 13 rumah rosak dan 160 orang telah dipindahkan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button