Berita UtamaPendapat

10 cadangan solusi pelaksanaan Dasar Pembangunan Belia di Malaysia

Hadkan umur maksimum MP, ADUN bersara wajib kepada 70 atau 75 tahun

1. MENAMBAH elemen pembangunan spiritual/keagamaan yang holistik sebagai tunjang dasar

2. Memberikan halatuju dasar yang jelas bagi membangunkan golongan belia minoriti, terpinggir dan berisiko seperti yang didefinisikan dalam dasar

3. Meletakkan sistem penilaian mantap dan sasaran yang lebih besar, bagi menjadi 10 negara terbaik dunia mengikut raking Global Youth Development Index (YDI) pada tahun 2030

4. Menukar platform pelaksanaan dasar pembangunan belia dari menggunakan persatuan belia kepada memperkasakan sistem pendidikan, pengajian tinggi dan kesatuan sekerja di Malaysia

4. Gubal Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2019 (Akta 668) dan memperkukuhkan elemen pembangunan belia di dalamnya. Tambahbaik juga Akta Pertubuhan 1966 bagi meletakkan elemen pembangunan belia dalam NGO dan parti politik

5. Meletakkan dasar dan perlaksanaan dasar pembangunan belia utama di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan (pelajar sekolah), Kementerian Pengajian Tinggi (pelajar IPT) dan Kementerian Sumber Manusia (pekerja belia dan lain-lain). Rombak KBS menjadi Kementerian Sukan dan fokus kepada pembangunan sukan negara semata-mata

6. Merangka akta bagi menghadkan umur maksimum (bersara wajib) bagi Ahli Parlimen dan ADUN kepada 70 atau 75 tahun

7. Merangka akta bagi meletakkan sekurang-kurangnya 20% kerusi wajib bagi belia dalam Parlimen, barisan kabinet, DUN, exco negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

8. Menggubal kurikulum sekolah dan IPT bagi memperkasakan pendidikan islam/moral, kenegaraan, jatidiri dan literasi politik dalam erti kata yang sebenar

9. Kempen besar-besaran oleh kerajaan kepada belia yang pertama kali mengundi menggunakan media sosial secara santai tapi berkesan menggunakan duta yang terdiri daripada ahli sukan bertaraf dunia, tokoh anak muda, ulama’ dan selebriti

10. Menguatkuasakan sistem pendaftaran pengundi automatik dan sistem e-voting (mengundi secara dalam talian)

Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button