Berita Utama

Apa bukti 2 juta ahli keluar UMNO, kata Tok Mat pada Annuar

'Saya tak tahu daripada mana dapat angka tersebut'

BANGI, 24 Zulkaedah 1444H, Selasa – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menolak dakwaan kononnya dua juta ahli telah meninggalkan parti itu.

Terdahulu, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, lebih dua juta rakyat yang selama ini menjadi penyokong UMNO sudah meninggalkan parti itu.

“Realitinya hari ini, UMNO bukan lagi parti pilihan rakyat. Dua juta rakyat sudah meninggalkan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu,” dakwa Annuar.

Mengulas perkara itu, Mohamad berkata, dakwaan Presiden Muafakat Nasional (MN) tidak munasabah kerana tiada bukti menunjukkan terdapat ramai ahli UMNO keluar parti.

“Saya tak tahu daripada mana dia dapat angka tersebut, Kalau dia dapat bagi ic nombor orang nak keluar, boleh kita mempercayainya.

“Tetapi kalau setakat mendakwa saya boleh pula mengatakan saya dapat dua juta orang masuk jadi ahli UMNO.

“Apa buktinya terpulanglah. Kalau Annuar syok sangat pun jangan sampai macam tu. Orang boleh fikir,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Mohamad, bagaimanapun, tidak menafikan, terdapat sejumlah kecil ahli UMNO yang keluar parti berkenaan.

Namun, jumlah tersebut tidak sebesar dakwaan yang dibuat Annuar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button