Berita UtamaDunia

Ebola merebak, 6 negara terima amaran

300 orang di Congo, 109 di Guinea dijangkiti wabak pembunuh

GENEVA, 4 Rejab 1442H, Selasa – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada enam negara untuk melakukan langkah berjaga-jaga dengan wabak pembunuh Ebola.

Ketika ini, wabak berkenaan dikesan sudah merebak di Guinea dan Republik Demokratik Congo.

Wabak Ebola yang dikesan di Guinea Ahad lalu adalah kali pertama sejak kali terakhir menjangkiti penduduk pada tahun 2013 hingga 2016.

Sementara itu, Republik Demokratik Congo melaporkan bahawa virus itu muncul pada 7 Februari lalu.

“Kami sudah dapat mengesan enam negara berdekatan termasuk Sierra Leone dan Liberia,” kata Margaret Harris dari WHO dalam satu taklimat di Geneva.

Pada masa sama, beliau tidak menyatakan negara-negara lain yang turut terbabit dalam jangkitan wabak berkenaan.

Katanya, pihak berkuasa kesihatan telah mengenal pasti hampir 300 orang di Congo dan kira-kira 109 di Guinea dijangkiti Ebola.

Sampel gen Ebola dari Congo dan Guinea diambil bagi mengetahui asal usul dan usaha mengenal pasti strain sedang dijalankan.

“Kami tidak tahu sama ada jangkitan ini adalah wabak Ebola yang terus merebak dalam populasi manusia atau sekiranya ia bergerak menerusi populasi haiwan, namun kajian akan membantu maklumat itu,” kata Harris.

Sudah hampir 40 tahun sejak Ebola dikesan dan kini, virus pembunuh ini kembali menyebabkan wabak maut

Pesakit dijangkiti menerusi cecair badan dan mengambil masa dua hingga 21 hari untuk menunjukkan gejala dan menjangkiti orang lain.-Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button