Berita Utama

Format SPM 2020 tak boleh diubah sewenang-wenangnya

Perubahan ambil masa yang lama minimum tiga tahun

KUALA LUMPUR, 4 Rejab 1442H, Selasa – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 tidak perlu gusar kerana format peperiksaan awam SPM kekal sama dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, ini kerana standard sijil SPM yang dikeluarkan telah diiktiraf pakar tempatan dan antarabangsa.

“Kurikulum dan standard soalan masih sama justeru tidak akan berlaku perubahan format dan jika berlaku sekalipun, ia perlu mengambil masa yang lama iaitu minimum tiga tahun dan boleh mencecah sehingga lima tahun kerana perlukan kajian.

“Sijil SPM ini bertaraf antarabangsa kerana itu ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya… jika tidak, sijil kita tidak laku, anak-anak tidak boleh sambung belajar di luar negara dan tidak boleh mendapatkan biasiswa termasuk sukar untuk mendapat pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Peperiksaan Awam Tahun 2020 Dalam Norma Baharu’ terbitan Bernama TV di sini malam tadi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button