Dunia

Israel sekat sektor ekonomi, 66,0000 rakyat Palestin hilang pekerjaan

50 premis terpaksa tutup akibat tekanan kewangan, wabak COVID-19

RAMALLAH, 4 Rejab 1442H, Selasa – Pasukan penjajah Israel menghalang premis kedai Palestin di Baitulmaqdis beroperasi semula, walaupun pihak berkuasa rejim telah menarik balik perintah berkurung tiga minggu lalu, lapor agensi berita Wafa. 

Ketua Jawatankuasa Peniaga Baitulmaqdis, Hijazi Rishiq berkata, tentera Israel melakukan rondaan di pasar lebih kerap daripada kebiasaan – bagi menghalang peniaga memulihkan perniagaan mereka akibat perintah berkurung. 

Keluaran Dalam Negara Kasar Palestin (KDNK) dilaporkan menurun sebanyak 12 peratus pada tahun 2020 berbanding tahun 2019 akibat pandemik COVID-19.

Lebih daripada 66,000 orang juga dilaporkan kehilangan pekerjaan sehingga menyebabkan kadar pengangguran menjadi 27.8 peratus. 

Hijazi berkata, hanya sedikit peningkatan direkodkan setelah sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula, selepas penutupan selama 42 hari yang dikenakan bulan lalu ekoran lonjakan jangkitan COVID-19 di Israel. 

Katanya, pihak berkuasa Israel memanfaatkan pandemik COVID-19 untuk membendung ekonomi Palestin di Baitulmaqdis.

Lebih daripada 50 kedai terpaksa ditutup di Baitulmaqdis sejak kebelakangan ini akibat tekanan kewangan dan sekatan pergerakan yang menyukarkan operasi perniagaan. 

Malah, jumlah pekerja di pasaran buruh juga menurun daripada 951,000 pada tahun 2019 kepada 884,000 pada tahun lalu. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button