Berita Utama

Jurutera usia 26 tahun rugi RM71,000 ditipu ‘polis Beijing’

Mangsa konon didakwa terbabit kes pengubahan wang haram

MELAKA, 4 Rejab 1442H, Selasa – Seorang jurutera berusia 26 tahun dari Bukit Beruang kerugian RM71,000 selepas mendapat panggilan daripada ‘polis Beijing’ dalam kes penipuan Macau Scam.

Ketua Jenayah Komersial Melaka, Supt E Sundra Rajan berkata, mangsa panik ketika diberitahu bahawa ‘jabatan jenayah polis Beijing’ sedang menyiasatnya kerana menghantar bungkusan yang mengandungi puluhan kad debit dari Malaysia melalui perkhidmatan kurier.

“Mangsa juga diberitahu bahawa dia disyaki oleh pihak berkuasa Beijing terlibat dalam pengubahan wang haram,” katanya.

Supt Sundra mengatakan bahawa mangsa kemudian diminta untuk memuat turun aplikasi komunikasi Skype di telefon bimbitnya untuk membolehkan ‘pegawai polis Beijing’ untuk bercakap dengannya.

Beliau berkata, pada 27 Januari, mangsa disuruh memasukkan wang tunai RM71,000 ke dalam dua akaun bank sebagai pampasan untuk mengelakkan tindakan hukuman.

Supt Sundra berkata, mangsa kemudian mendepositkan jumlah tersebut dalam empat transaksi.

“Bagaimanapun, ugutan itu berlanjutan dan mangsa diminta untuk memasukkan lebih banyak duit,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa mengesyaki ada yang tidak kena dan membuat laporan di balai polis Bukit Baru pada hari Isnin (15 Februari).

“Siasatan awal menunjukkan bahawa penipu itu menggunakan taktik yang sama untuk menipu tiga individu lain,” kata Supt Sundra.

Beliau memaklumkan bahawa kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button