Berita Utama

Kelas tambahan dibenar jika ibu bapa, guru setuju

Persediaan calon SPM hingga tamat peperiksaan

PUTRAJAYA, 4 Rejab 1442H, Selasa – Sekolah dibenarkan mengadakan kelas tambahan tetapi hanya dengan persetujuan ibu bapa dan guru, kata Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, kelas tambahan itu adalah sebagai persediaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga tamat peperiksaan.

“Apabila dimaklumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka berakhir pada 9 Februari lalu, hasrat kami ialah untuk memberi ruang kepada calon-calon peperiksaan membuat persediaan kendiri.

“Tujuannya adalah untuk membuka ruang seluasnya kepada calon menggunakan masa yang ada dengan pendekatan paling sesuai,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk terus melakukan yang terbaik kepad calon SPM 2020.

KPM sebelum ini memaklumkan, sesi persekolahan secara bersemuka bagi semua calon peperiksaan SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahun 2020 berakhir pada 9 Februari lalu.

Menerusi pemakluman dikeluarkan bertarikh 4 Februari itu, ia adalah bagi memberi ruang kepada murid bagi membuat persediaan kendiri sebelum peperiksaan bermula pada 22 Februari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button