Dunia

‘Geng antivaksin’ rancang kempen sebar maklumat palsu mengenai COVID-19

Sudah mula latih pengikut di Facebook sasar golongan etnik minoriti

LONDON, 8 Jamadilawal 1442H, Rabu – Kumpulan antivaksin merancang melancarkan kempen maklumat tidak benar mengenai vaksin COVID-19, khususnya menyasarkan etnik minoriti, menurut laporan. 

Dalam laporannya, Center for Countering Digital Hate (CCDH) mengatakan kumpulan Facebook peribadi antivaksin melatih pengikut untuk mengenal pasti mereka yang ragu-ragu dalam menerima vaksin dan mengubahnya menjadi penyebab. 

Satu kumpulan Facebook didakwa memberi tumpuan kepada melatih anggota untuk menyasarkan etnik minoriti untuk mencegah mereka daripada diberi vaksin. 

CCDH juga berjaya menghadiri persidangan persendirian yang diadakan oleh kumpulan antivaksin terkemuka dari seluruh dunia. 

Menurut CCDH, mereka yang hadir pada persidangan itu dimomokkan kononnya COVID-19 adalah wabak tidak berbahaya, namun vaksin yang dibangunkan adalah bahaya dan pakar juga tidak boleh dipercayai.

Laporan itu berkata, jumlah pengikut antivaksin di media sosial kini mencecah 59.2 juta dengan 5.4 juta daripadanya di United Kingdom (UK).

CCDH berkata, menyebarkan maklumat tidak benar secara dalam talian adalah perbuatan salah, apatah lagi kepada penentang teori konspirasi itu. 

Tindakan terbaik adalah dengan mempromosikan maklumat sahih mengenai vaksin, kata CCDH. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button