Berita UtamaDunia

Strain baharu COVID-19 B.1.525 dikesan di 11 negara

Rantaian terawal dikesan pada Disember, kes pertama muncul di UK dan Nigeria

MOSCOW, 4 Rejab 1442H, Selasa – Satu lagi varian COVID-19 (B.1.525) dikesan di United Kingdom (UK), serta sepuluh negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS) lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut penyelidik University of Edinburgh dalam satu laporan, strain baharu telah ditemui melalui pengesanan genom di 11 negara: UK, Nigeria, Denmark, AS, Perancis, Belgium, Sepanyol, Kanada, Australia, Ghana, dan Jordan.

Denmark mencatatkan jumlah kes tertinggi B.1.525 sebanyak 35 kes, diikuti UK 33 kes, Nigeria 12 kes dan AS 10 kes manakala Perancis setakat ini melaporkan lima kes.

Rantaian terawal strain baharu COVID-19 itu dikesan pada Disember 2020 dengan kes pertama muncul di UK dan Nigeria.

Varian baharu itu dilihat menyamai jenis Afrika Selatan dan Brazil dan lebih berdaya tahan terhadap antibodi. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button