Dunia

Gaza terima vaksin COVID-19 pertama hari ini

Pihak Berkuasa Palestin hantar 1,000 Sputnik V Russia ke wilayah dikepung

GAZA, 5 Rejab 1442H, Rabu – Semenanjung Gaza yang dikepung menerima vaksin COVID-19 pertama, hari ini setelah rejim pengganas Israel membenarkan penghantarannya. 

Gaza menerima 1,000 dos vaksin Sputnik V Russia dari Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat yang dijajah melalui Israel. 

“Pagi tadi sejumlah 1,000 vaksin Sputnik yang disumbangkan Russia, dipindahkan dari PA ke Semenanjung Gaza,” kata seorang pegawai keselamatan Israel. 

Langkah itu mendapat kritikan daripada beberapa pegawai Israel yang meminta pihak berkuasa menetapkan pemindahan ubat penting atas pembebasan tahanan perang Israel, yang ditahan di Semenanjung Gaza. 

Ketika perdebatan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Knesset (FADC), pegawai Israel menegaskan bahawa tiada vaksin boleh diberikan kepada dua juta rakyat Palestin kecuali dua orang Israel yang ditahan Hamas dibebaskan serta mayat dua tenteranya dikembalikan.

Sebelum ini, kira-kira 2,251 rakyat Palestin termasuk 1,462 orang awam terbunuh selama tujuh minggu serangan pengeboman rejim Zionis. 

Pada Isnin, penghantaran sebanyak 2,000 dos vaksin COVID-19 disekat oleh Israel untuk dihantar ke Semenanjung Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button