Berita Utama

Annuar Musa dilantik Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS

Meski ada pihak cuba bunuh kerjaya politik, namun bersyukur dipertemu wadah lebih luhur dan kukuh

BANGI, 6 Jamadilawal 1445H, Isnin – Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat dan Ahli Lajnah Politik PAS.

Bekas Pengerusi UMNO Kelantan itu berkata, pelantikan itu diumumkan ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat PAS ketika dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Katanya, meskipun ada pihak cuba membunuh kerjaya dan perjuangan dalam poliitik namun bersyukur kerana di pertemukan dengan wadah politik yang lebih bertenaga, luhur dan kukuh.

“Terima kasih kerana menerima saya untuk berada dalam saf perjuangan ini.

“Saya turut menerima watikah pelantikan sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta diberi Amanah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat dan Ahli Lajnah Politik PAS.

“Alhamdulillah walaupun mereka cuba membunuh kerjaya dan perjuangan politik saya selama ini, Allah telah mempertemukan saya dengan satu wadah politik Islam yang lebih bertenagam lebih luhur, lebih kukuh berpandukan al-Quran, Sunnah Ijmak dan Qias,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau yang sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri Wilayah pada 2020 itu berkata, PAS dan Perikatan Nasional (PN) kini adalah payung besar perjuangan yang didukung kuat oleh rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam.

“Sebaliknya mereka yang dulunya rakus dan sombong dengan kuasa kini mula ditinggalkan rakyat… Allahuakbar,” katanya.

Beliau pada masa sama memberi keyakinan untuk terus kekal berjuang istiqamah berjuang bersama wadah PAS dan pegangan politik yang mendahulukan muafakat ummah berteraskan politik Melayu Islam.

“Insyaallah saya istiqamah berjuang bersama wadah ini, dan pegangan politik saya yang mendahulukan Muafakat Ummah berteraskan politik Melayu Islam terus saya perjuangkan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button