Dunia

10 cedera gempa 5.6 skala Richter landa Iran

Gempa kedalaman 10km sebabman bekalan air, elektrik terputus

TEHRAN, 6 Rejab 1442H, Khamis – Gempa bumi berkekuatan 5.6 skala Richter melanda barat daya Iran berhampiran bandar Sisakht semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 cedera.

Kejadian itu menyebabkan penduduk di sekitar Sisakht dan bandar Yasuj panik meninggalkan kediaman mereka, menurut pegawai di wilayah Kohgiluyeh, Boyer Ahmad.

Bekalan air dan elektrik juga terputus susulan gempa itu, katanya.

“Pasukan penyelamat dan ambulans dikerah ke daerah berkenaan. Setakat ini, 10 orang dilaporkan cedera,” katanya.

Agensi berita negeri IRNA melaporkan, gempa yang turut dirasai beberapa bandar di rantau itu, melanda pada kedalaman 10 kilometer (6 batu) sekitar jam 10.05 malam waktu tempatan.

“Masih belum ada laporan kematian,” kata IRNA.

Kedudukan Iran menyebabkan negara itu sering mengalami gempa bumi yang dasyat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button