Berita Utama

204 kilang kitar semula sisa plastik haram ditahan operasi tahun 2020

Hantar pulang 254 kontena sisa plastik ke negara asal

KUALA LUMPUR, 6 Rejab 1442H, Khamis — Malaysia menghantar pulang 254 kontena sisa plastik dengan anggaran berat 5,512 tan metrik ke negara asal, tanpa melibatkan sebarang kos kepada kerajaan pada tahun lepas, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain berjaya menggantung pengimportan sisa plastik secara haram ke dalam negara, katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan operasi 204 kilang kitar semula sisa plastik haram sepanjang tempoh itu.

Aktiviti pembanterasan itu selaras dengan komitmen kementerian dalam Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Pelan Strategik Kelestarian Alam Sekitar Di Malaysia 2020-2030, katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada ketua Pengarah dan warga kerja JAS atas kejayaan merangkul Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020.

Majilis penganugerahan daripada Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) itu diadakan secara maya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button