Berita Utama

Kenyataan media: Aman Palestin fail semakan kehakiman terhadap SPRM

Serah kepada sistem kehakiman untuk capai kebenaran, bersihkan nama daripada tohmahan jahat

Setakat jam 5.30 petang, 31.01.2024 waktu Kuala Lumpur, angka kematian akibat jenayah perang rejim Zionis Israel telah mencecah 26,751 orang, 10,000 daripadanya adalah kanak-kanak, manakala 65,636 orang cedera.

2. Bantuan dan kempen-kempen kemanusiaan mestilah diteruskan walau apapun terjadi. Aman Palestin Berhad tidak asing namanya bagi bantuan kemanusiaan ini di Gaza, Palestin dan juga merentas kawasan berhampiran Lubnan, Syria serta Yaman.

3. Sehingga hari ini (31 Oktober 2024) dua (2) surat telah diutus ke SPRM pada 27.11.2023 dan 09.01.2024 merayu dan memohon pertimbangan bagi akaun-akaun Aman Palestin dinyahbekukan untuk tujuan bantuan kewangan dihantar terus kepada mangsa keganasan perang di Palestin.

4. SPRM tidak menjawab. Krisis kemanusian meruncing dan ratusan mati setiap hari.

5. Hari ini jam 6.57 petang, Aman Palestin Berhad melalui peguamnya, telah memfailkan: –
(i) Permohonan Semakan Kehakiman (ex parte) terhadap SPRM dan Kerajaan Malaysia
(ii) Afidavit Sokongan menyokong Semakan Kehakiman
(iii) Penyata Selaras menurut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (iv) Perakuan Segera

6. Aman Palestin Berhad menyerahkan urusan ini pada sistem kehakiman untuk mencapai kebenaran serta sebagai langkah untuk membersihkan namanya daripada tohmahan jahat dan dakwaan-dakwaan palsu penyelewengan RM70 juta (yang dinafikan).

7. Aman Palestin Berhad sebagai institusi yang dikenali mempelopori bantuan kemanusiaan di Palestin dan mempunyai rangkaian persefahaman dengan NGO- NGO antarabangsa di Turkiye, Syria, Lubnan dan kawasan sekitarnya berharap rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama terus mempertahankan hak masyarakat Palestin.

Rafique Rashid
Law Practice of Rafique

31 Januari 2024

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button